Sunday, 13 July 2014

Friday, 11 July 2014

Tenang






Setelah berperang dengan minda
berperang dengan jiwa

Sekali lagi
Mimpi itu membuat aku tenang

Biar tidak kelihatan rupa
Kehadiranmu dapat aku rasa

Semoga rasa tenang ini
adalah petanda
bagi setiap doa ku
bagi setiap hajat ku
bagi setiap istikharah ku

Kejar apa yang di kejar
kerana aku juga sedang kejar apa yang ku kejar

Seperti yang kau bilang 
ia akan datang tepat pada masanya
Percaya pada Dia

dan aku yakin dengan apa yang aku yakin



Thursday, 22 May 2014

kaku aku disini



kaku aku disini
memikirkan simpang jalan
makin hari makin terbeban

yang kanan 
aku masih diamkan
menggendong segunung harapan
sekadar doa 
tiada sepatah kata yang ku kabarkan

yang kiri
aku sudah merasa siksanya
tetap juga aku mahu mencuba
walhal
aku tahu
sakitnya jalan ini
bengkang bengkok
penuh duri

adakalanya 
hati menguasai fikiran
biar ranap perasaan
hati tetap beratkan kiri dari kanan

mungkin
aku perlukan lagi beberapa bulan
buat aku perhati sebelum membuat pilhan

Thursday, 15 May 2014

Dua Simpang




antara dua simpang 
yang aku kira langkah aku terhenti seketika
mengambil nafas
untuk berfikir sejenak
mana harus aku pilih
ya
aku takut
aku takut andai aku tersalah pilhan
sejarah akan berulang
siksa aku 
aku simpan selama 2 dekad

biar luka sudah mahu sembuh 
namun racun tetap hidup 
mengalir bersama darah aku
jiwa aku masih sakit

jadi
jalan mana harus aku pilih Tuhan

andai kanan
permudahkan
semoga jalan ini 
menuju jalan yang Engkau redhai

tapi
seandainya kiri
kuatkan aku
yakinkan aku ini jalan yang baik
kukuhkan jalan ini
agar tidak ada lagi simpang dihadapan jalan
yang aku terpaksa buat pilihan sekali lagi



Tuhan 
Tunjukkan aku jalan



Thursday, 24 April 2014

PMmates Jalan-jalan~





Setelah penat menempuh selekoh-selekoh terakhir jeee memanjang .



Subuh yang menggigil


motif gambar nak bagi nampak lanskap dekat belakang .
Tapi nampak lanskap gigi masing-masing je .
mujo jamarul tak tunjuk lanskap gigi dia
huhuhuhuhuhuhu


Menara jam ni je bukti paling kukuh kalau engkorang sampai Fraser's Hill ni


wooot wooooot
to pangkor we go~


Nahhhh ... tempat tinggal kami




Aktiviti Air dan darat .
Dari fin weight sampai heavy weight .
Aku tak tau asal heavy weight yang melambung naik PELAMBUNG tu .
tak tau asal .


" I AM SPORTREC " 
ni paling menipu .
Padahal 2 org je sportrec .
yang lain : ahli makmal , ahli bengkel , ahli studio

OHHHHH

KAMI DALAM BAHAYA 
.
.
.
.
.
.
.
.

Orang laut datang dan makan makanan kami .
hmmmmmm




 " Ya Allah panjangkanlah jodoh kami semua .
Eratkanlah ukwah kami . "
Aminnnnn