Showing posts with label KRSH. Show all posts
Showing posts with label KRSH. Show all posts

Friday, 11 July 2014

Tenang






Setelah berperang dengan minda
berperang dengan jiwa

Sekali lagi
Mimpi itu membuat aku tenang

Biar tidak kelihatan rupa
Kehadiranmu dapat aku rasa

Semoga rasa tenang ini
adalah petanda
bagi setiap doa ku
bagi setiap hajat ku
bagi setiap istikharah ku

Kejar apa yang di kejar
kerana aku juga sedang kejar apa yang ku kejar

Seperti yang kau bilang 
ia akan datang tepat pada masanya
Percaya pada Dia

dan aku yakin dengan apa yang aku yakin



Thursday, 13 March 2014

Surat Buat Zauj - Dakapanmu





Andai aku bisa hidup dalam mimpi
Aku mahu hidup dalam mimpi dipelukmu
kerana dakapan mu adalah
tempat yang paling selesa buat aku bermanja
tempat yang paling selamat buat aku berlindung

Peluk aku erat sayang
Pimpin aku berjalan lurus
Jangan biar aku tergelincir
Kerana aku ingin hidup dipelukmu
hingga ke syurga