Setelah berperang dengan minda
berperang dengan jiwa
Sekali lagi
Mimpi itu membuat aku tenang
Biar tidak kelihatan rupa
Kehadiranmu dapat aku rasa
Semoga rasa tenang ini
adalah petanda
bagi setiap doa ku
bagi setiap hajat ku
bagi setiap istikharah ku
Kejar apa yang di kejar
kerana aku juga sedang kejar apa yang ku kejar
Seperti yang kau bilang
ia akan datang tepat pada masanya
Percaya pada Dia
dan aku yakin dengan apa yang aku yakin
No comments:
Post a Comment