kaku aku disini
memikirkan simpang jalan
makin hari makin terbeban
yang kanan
aku masih diamkan
menggendong segunung harapan
sekadar doa
tiada sepatah kata yang ku kabarkan
yang kiri
aku sudah merasa siksanya
tetap juga aku mahu mencuba
walhal
aku tahu
sakitnya jalan ini
bengkang bengkok
penuh duri
adakalanya
hati menguasai fikiran
biar ranap perasaan
hati tetap beratkan kiri dari kanan
mungkin
aku perlukan lagi beberapa bulan
buat aku perhati sebelum membuat pilhan
No comments:
Post a Comment