Showing posts with label KanakKanakHodoh. Show all posts
Showing posts with label KanakKanakHodoh. Show all posts

Wednesday, 20 November 2013

Kanak-kanak HODOH #2



Pernah dia diherdik .
Pernah dia dihina katik ,
Pernah dia dikata lembik ,
Dalam diam air jernih menitik .

Dari kecil diusung ke sana ke mari ,
Cuma mampu melihat apa yang terjadi ,
Hendak meluah tidak berani ,
Sekadar doa dan berkata sendiri . 

.
.
.

Kanak-kanak hodoh kini sedang melalui fasa "anak gadis" .
Anak gadis yang sentiasa berharap "dia tetap dia" .
Tak pernah hela nafas keluh .
Biarpun dikata "hodoh"
Namun , 
kalau dulu dia lah racun dan dia lah penawar,
biarlah zaman gadis dah dewasanya kelak ,
dia menjadi penawar segala racun .
dia lah punca bahagia buat bondanya .

Nama diberi membawa maksud " Yang Taat , Yang Setia "
Biar lah dia Taat kepada Allah dan Rasulnya .
Patuh kepada bondanya .
Hormati ayahandanya .
serta setia kepada bakal Zauj-nya .








Sunday, 10 March 2013

Aku tak segagah aku si kanak-kanak hodoh .




Kenapa bila usia aku mahu melangkah ke dopuloh satu .
Cepat sangat aku goyah .

Walhal , zaman aku berhingus dulu ...
Aku sengeh kerang je hadapi semua ini .

Aku ingin jadi kanak-kanak hodoh itu kembali .




Thursday, 10 November 2011

kanak-kanak HODOH .




kanak-kanak hodoh itu .
selalu di hina .
kanak-kanak hodoh itu .
selalu di caci .
kanak-kanak hodoh itu .
selalu di buli .

tapi .
kanak-kanak hodoh itu .
punyai semangat yang kental .
kanak-kanak hodoh itu 
boleh bangkit bila tersungkur .
kanak-kanak hodoh itu 
berani berdiri dengan kaki sendiri .


kau .
sila cermin diri .
mungkin kau tak hodoh .
tapi hati kau hodoh .
busuk .

kanak-kanak hodoh yang kau pandang hina .
yang kau anggap berada di bawah kaki .
kini berada di puncak sana .
kau pula di mana ?