mungkin sudah tiba
waktu untuk aku
kembali
ke wilayah yang aku kira
jari aku lebih bebas
menari tanpa rasa was was
lepas segala yang mahu lepas
Tuhan
terima kasih bagi setiap petunjuk
terima kasih bagi setiap pertolongan
terima kasih atas setiap bimbingan
tarik kembali tangan hambaMu ini
saat dia hanyut
saat dia lupa
seringkali kegagalan yang ditimpa
tetapi ini semua ujian
untuk ke peringkat ke seterusnya
ingin dia berjaya
dunia dan di akhirat sana
dunia dan di akhirat sana
No comments:
Post a Comment