Thursday, 20 August 2015

Terus





Jangan takut sayang , 
teruskan perjalanan kamu
Andai sekali lagi kamu rebah
Yakin lah , Tuhan mu sentiasa ada , Qyranna .



Wednesday, 1 April 2015

Kawan~






" Kau kene tau , kawan-kawan kita tak selamanya dengan kita " Fitri Marzuki,2014


Biar kata-katanya itu benar,
Perit untuk aku telan.
Kerana selain bonda , aku cuma ada kawan-kawan
Untuk merasa sedih
Untuk merasa gembira
Untuk merasa marah
Untuk bergurau senda
Untuk merasa apa itu adik bradik
Untuk belajar tentang hidup
dan lain-lain


Setiap pertemuan dan perpisahan sudah ditentu Tuhan bukan?
malah ianya asam garam kehidupan
Syukur aku buat teman-teman seperjuangan
Syukur aku buat adik beradik pinjaman Tuhan


Titik pertemuan yang ada sejak di menara gading , malah ada sejak hingusan lagi
berlari , makan , tendang , tidur , rotan secara jemaah
harap-harap titik perpisahan ini ada di Jannah nanti

Semoga saja ukhwah ini dirahmati.







Wednesday, 3 December 2014

Nano dan Tera



Kalau lihat pada frekuensi-nya saja
sudah jelas jauh berbeza
spectrum juga tidak sama

spectrum ini
datangnya dari sumber bawah
spectrum itu
datangnya dari sumber yang gah



Biar pun bagai nano dengan tera
 aku yakin
energi  setiap doa
mampu tembus tembok segala
malah penetrasinya lebih jauh dari sang gamma

Selagi masih bernyawa
Selagi nafas terkandung udara
Selagi belum ada yang nyata
Aku masih percaya

bakal ada satu spectrum
daripada yang dua

dan
hari kemenangan itu
bakal tiba





Monday, 3 November 2014

Harta



Dalam dunia ini
Harta aku cuma satu

Ibu.

Semoga Tuhan beri aku masa
Untuk balas segala susah payah dia

Thursday, 2 October 2014

kembali




mungkin sudah tiba
waktu untuk aku
kembali
ke wilayah yang aku kira 
jari aku lebih bebas
menari tanpa rasa was was 
lepas segala yang mahu lepas



Tuhan
terima kasih bagi setiap petunjuk
terima kasih bagi setiap pertolongan
terima kasih atas setiap bimbingan
tarik kembali tangan hambaMu ini
saat dia hanyut
saat dia lupa

seringkali kegagalan yang ditimpa
tetapi ini semua ujian
untuk ke peringkat ke seterusnya
ingin dia berjaya
dunia dan di akhirat sana