Thursday 15 May 2014

Dua Simpang




antara dua simpang 
yang aku kira langkah aku terhenti seketika
mengambil nafas
untuk berfikir sejenak
mana harus aku pilih
ya
aku takut
aku takut andai aku tersalah pilhan
sejarah akan berulang
siksa aku 
aku simpan selama 2 dekad

biar luka sudah mahu sembuh 
namun racun tetap hidup 
mengalir bersama darah aku
jiwa aku masih sakit

jadi
jalan mana harus aku pilih Tuhan

andai kanan
permudahkan
semoga jalan ini 
menuju jalan yang Engkau redhai

tapi
seandainya kiri
kuatkan aku
yakinkan aku ini jalan yang baik
kukuhkan jalan ini
agar tidak ada lagi simpang dihadapan jalan
yang aku terpaksa buat pilihan sekali lagi



Tuhan 
Tunjukkan aku jalan



No comments: